KENINGAU - Anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah digesa supaya mengamalkan semangat 'Onsoi' untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei.

Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, slogan 'Onsoi' yang membawa maksud bagus dalam bahasa Murut ialah ungkapan yang mencerminkan semangat rakyat di pedalaman dan ia harus digunakan oleh anggota BN untuk mendapatkan kembali mandat.

"Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang mengetahui dan memahami intipati perkataan 'Onsoi' untuk rakyat di Dalam pertemuan yang diketuai oleh Datuk Abdul Ghani Yassin, beliau mengingatkan anggota BN untuk bekerjasama antara satu sama lain dan mengetepikan perbezaan antara mereka sambil mereka yang menjadi musuh dalam selimut atau "duri dalam daging" tidak ada tempat dalam BN.

"Semua anggota BN adalah sebahagian daripada satu keluarga besar yang kini mempunyai satu sasaran iaitu memenangi pilihan raya. Apa-apa tindakan yang diambil oleh anggota perlu berlandaskan semangat perpaduan untuk memenangi pilihan raya," katanya.

Musa juga mengadakan pertemuan dengan presiden Parti  Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dan calon kerusi Sook, Datuk Ellron Alfred Angin  dan anggota jawatankuasa UMNO Keningau yang diketuai oleh calon BN bagi Liawan, Datuk Sairin Karno. - Bernama

 

Source: http://www.kosmo.com.my/negara/amalkan-semangat-onsoi-musa-1.662783

Search