BEAUFORT: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mengetuai kira-kira 4,500 peserta perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, di sini hari ini.

Perarakan bermula jam 7.30 pagi dari Dataran Bagandang ke Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir sejauh 3.5 kilometer itu disertai 73 kontinjen.

Yang turut menyertai perarakan ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Sempena sambutan itu, turut diadakan pertandingan sepanduk, kontinjen terbaik dan kontinjen teramai.

 

Source: http://suarasabah.com/berita-sabah/musa-aman-ketuai-maulidur-rasul-peringkat-negeri/

Search