SANDAKAN: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman bakal berdepan dengan pertandingan tiga penjuru untuk mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Musa, ditentang calon Parti Warisan Sabah dan Parti Kebangsaan Sabah.

Parti Warisan Sabah meletakkan calonnya Asmara Abdul Rahman manakala Osman Enting dari Parti Kebangsaan Sabah bakal beri saingan kepada Ketua Menteri Sabah itu.


Musa penyandang DUN Sungai Sibuga tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Libaran pada 9 pagi bersama pencadang Haji Amsain Jausin dan penyokong Datuk Haji Salzo Asa.

Ketiga-tiga calon Parti Warisan paling awal memasuki dewan 9 pagi sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka di Dewan Serba Guna Libaran.

Keadaan hujan lebat sekitar pusat penamaan calon tidak menghalang penyokong dari BN dan Warisan daripada terus memberi sokongan.

Pada 12 tengah hari, Pegawai Pengurus P.184 Libaran Faridah Giau mengumumkan calon yang bertanding untuk Parlimen Libaran, DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum-Gum.

Bagi DUN Gum-Gum, calon BN Datuk Juslie Ajirol berhadapan pertandingan lima penjuru iaitu Arunarsin Taib (Warisan), Jamaluddin Lamba (PPRS), Joilin @ Christine Bugung (Parti Kebangsaan Sabah) dan Dahil Masdik (Parti Harapan Rakyat)

Parlimen Libaran, menyaksikan pertandingan tiga penjuru daripada BN, Warisan dan Parti Harapan Rakyat.

Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (BN) berdepan Irwanshah Mustapha (Warisan) dan Alfian Mansor (Parti Harapan).

 

Source: http://www.astroawani.com/berita-politik/musa-aman-ditentang-asmara-dan-osman-di-dun-sungai-sibuga-174003

Search