PENAMPANG:Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata,meskipun Penampang bukan kawasan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN), kerajaan Persekutuan dan Negeri tetap komited dalam membangunkan kawasan tersebut.

Jelasnya, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Tamu tersebut pada 18 Januari lalu telah membuka ruang dan peluang yang besar kepada masyarakat khususnya peniaga di tamu berkenaan apabila memperuntukkan RM8.5 juta untuk menaik taraf tamu berkenaan yang semakin uzur.
 
“Kita melihat keuzuran, ada juga tapak-tapak ini sudah begitu lama walaupun ia masih diguna pakai oleh 350 peniaga.

“Tamu ini merupakan tempat yang penting dan popular dikunjungi banyak pembeli dan pelancong yang datang ke kawasan ini.

“Jesteru, dengan menaik taraf kawasan ini ia mampu memberikan tempat yang selesa kepada pengunjung dan juga peniaga,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Menaik Taraf dan Membaikpulih Pasar Tamu Dogonggon, Penampang, di sini hari ini.

Musa turut menyifatkan, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya berlakon seolah-olah memperjuangkan Perjanjian Malaysia (MA63).

Musa berkata, sepanjang 30 tahun terbabit dalam politik, mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu tidak pernah menyentuh soal MA63 apatah lagi memperjuangkan perjanjian berkenaan.

Musa turut mempersoalkan jika Shafie benar-benar ikhlas memperjuangkan MA63 beliau sepatutnya telah memulakan perjuangan itu sejak mula melibatkan diri dalam politik dan bukannya hanya menjadikan ia sebagai perjuangan selepas menerajui Warisan.

“Sekarang barulah Sabah for Sabahan, Sabahan apa, mana pernah kau (Shafie) perjuang MA63, hilang jawatan baru pura-pura kita for Sabahan.

“Bukan mahu puji atau tidak, tetapi Datuk Seri Anifah Aman yang banyak memperjuangkan isu MA63 ini.

“Cuba tanya rekod dia (Shafie), mana ada dia pernah cuba memperjuangkan isu ini sekarang apabila dipecat, tidak ada kuasa, tidak ada dana baru mahu menujukkan pada rakyat yang beliau hendak perjuangkan hak mereka, sudah la janji kosong cakap bohong lagi,”katanya.

Turur hadir Ketua UMNO Penampang, Senator Datuk John Ambrose, Ketua BN Penampang, Datuk Donald Peter Mojuntin, Ketua MCA Penampang dan Datuk Francis Goh./SayangSabah

 

Source: https://www.sayangsabah.com/pembangunan-penampang-tidak-pernah-diabaikan-musa

 

Search