KOTA KINABALU – Berikut adalah 20 komitmen Barisan Nasional (BN) Sabah dalam manifesto PRU-14 dengan tema “Tanah Airku Maju” yang dibentangkan Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman malam ini.

• Memelihara hak dan kepentingan sabah dalam perjanjian malaysia 1963
• Menyuburkan hubungan antara agama dan kaum.
• Merancakkan agenda membasmi kemiskinan
• Membina lebih banyak rumah mampu milik
• Meneruskan komitmen menangani isu pendatang asing tanpa izin
• Memperkasa esscomm
• Mewujudkan peluang pekerjaan yang saksama
• Meneruskan  komitmen pengurusan tanah yang lebih efisien
• Melipatgandakan komitmen untuk perlindungan alam sekitar ke arah ekonomi hijau
• Merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar
• Meneruskan komitmen untuk pembangunan wanita dan kesaksamaan gender
• Mengutamakan pembangunan belia dan sukan
• Mempertingkatkan pembangunan modal insan
• Mengukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi negeri
• Memacu sektor pertanian
• Merancakkan industri pelancongan
• Menggiatkan pertumbuhan industri minyak dan gas
• Mewujudkan kerajaan berintegriti
• Mengiktiraf industri kreatif sebagai sumber ekonomi baharu
• Memperluaskan capaian jalur lebar

- Bernama

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/20-komitmen-bn-sabah-1.826603 

Search