Sandakan – Parti Warisan (Warisan) bakal menjadi pemain utama parti pembangkang di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanyalah omongan kosong kerana parti ini bakal menjadi boneka Tun Mahathir (Pakatan Harapan).

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata secara ironinya kenyataan Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal yang bercakap menjuarai keperluan rakyat sedangkan dirinya gagal melunaskan tanggungjawab, dalam kementeriannya malah di kawasannya sendiri, dia masih menjadi seorang Menteri Kabinet Persekutuan.

“Sangat hipokrit (Shafie) bila tiba-tiba berkata menjuarai isu MA63 dan mengapa bukan semasa beliau berkuasa ketika dalam kerajaan dan bekerja rapat pula dengan mereka yang berada dalam koridor kuasa seperti Muhyiddin.

“Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau beri pengiktirafan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia. Beliau juga meminta Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk siasatan isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah sekali gus setuju wujudkan sebuah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi untuk selesaikan isu MA63.” katanya selepas membuat lawatan pusat daerah mengundi Batu Putih, Sabtu lepas.

Musa turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib turut isytiharkan bahawa apa sahaja hak-hak kita (Sabah) yang telah diambil, sama ada senjaga atau tidak , akan dipulangkan. Persoalannya pernahkah Mahatahir dan Muhyiddin bercakap mengenai perkara ini sebelum ini.

“Kini Shafie mahu menyelamatkan Sabah dengan usaha cuba menyelesaikan isu MA63 dalam tempoh singkat. Jelas beliau hanya mahu meraih kepentingan politik untuk kejar impiannya.

“Jika mahu selamatkan Sabah mengapa Shafie bekerjasama dengan Mahathir yang mana pemimpin ini kata pula rakyat Sabah malas hingga menyebabkan Sabah ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.” katanya lagi kepada media.

Source: http://klxpress.com.my/sabah/32245-warisan-boneka-pakatan-harapan-musa.html 

Search